Peragaan hari ini

Peragaan hari ini (biasanya disingkat sebagai OOTD, dari bahasa Inggeris, outfit of the day[1]) ialah budaya internet di mana pemblog fesyen menampilkan pakaian atau seragam yang mereka pakai pada hari-hari atau majlis tertentu.[2] Budaya ini sering ditemui di laman web media sosial, seperti Tumblr, Instagram dan Pinterest, serta dalam bentuk video di YouTube.[3][4][5][6] Selalunya budaya ini dilakukan oleh kaum wanita yang lebih muda iaitu golongan remaja dan belia, dengan contoh sepasang pakaian semasa yang biasa pada hari itu ialah pakaian terbaik dari Forever 21, seluar jean pendek daripada jenama American Eagle, but berjenama UGG Australia, serta beberapa aksesori termasuk dompet Coach, alat solekan dan pelbagai perhiasan mewah. Serupa dengan budaya ini dikenali sebagai "peragaan minggu ini" (bahasa Inggeris: outfit(s) of the weekcode: en is deprecated ; OOTW), di mana para pemblog fesyen ini akan memaparkan apa yang mereka merancang untuk dipakai sepanjang minggu itu (atau beberapa hari).